Struktur Organisasi

Struktur pentadbiran Parti Warisan Sabah dari peringkat Pusat hingga ke Cawangan berdasarkan Perlembagaan Parti (2023).

Peringkat 1
Pusat
Peringkat 2
Negeri
Peringkat 3
Bahagian
Peringkat 4
Cawangan
1

Perhimpunan Agung Tahunan

Fasal 8, Perlembagaan Parti

Badan tertinggi parti yang bersidang sekali setahun. Berperanan menerima laporan tahunan Majlis Tertinggi, laporan kewangan daripada Bendahari Agung, memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi, melantik juruaudit, dan membincangkan usul-usul daripada Bahagian.

Keanggotaan

  • Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
  • Wakil Bahagian — seorang bagi setiap 300 ahli, maksimum 7 orang dari satu Bahagian
  • Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita, Ketua Wira, Ketua Wirawati, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Bahagian
  • Wakil Sayap — tidak lebih daripada 5 orang setiap Sayap Wanita, Wira dan Wirawati yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Bahagian Sayap masing-masing
2

Majlis Tertinggi (Pusat)

Fasal 9, Perlembagaan Parti

Badan eksekutif tertinggi dalam parti yang menjalankan kuasanya di bawah perintah Perhimpunan Agung. Bertanggungjawab menjalankan ketetapan Perhimpunan Agung, mentadbir parti, menubuhkan Bahagian dan Cawangan, menentukan taraf keahlian, dan membuat peraturan mengenai pemilihan serta kewangan parti. Bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam dua bulan.

Keanggotaan

  • Presiden — Mempengerusikan Majlis Tertinggi dan Biro Politik, melantik barisan kepimpinan utama parti
  • Timbalan Presiden — Membantu tugas Presiden
  • 5 Naib Presiden — 3 dipilih dalam pemilihan parti, 2 dilantik oleh Presiden
  • Setiausaha Agung — Mengelola pentadbiran ibu pejabat, mesyuarat Majlis Tertinggi, Biro Politik, Jawatankuasa Pengurusan dan Perhimpunan Agung
  • Bendahari Agung — Mengurus hal ehwal kewangan parti dengan telus dan berintegriti
  • Ketua Penerangan — Melaksanakan program penerangan parti
  • Ketua Wanita — Mewakili sayap Wanita dalam Majlis Tertinggi
  • Ketua Wira (Pemuda) — Mewakili sayap Pemuda dalam Majlis Tertinggi
  • Ketua Wirawati — Mewakili sayap Wirawati dalam Majlis Tertinggi
  • Setiausaha Pengelola — Mengelola program parti berlandaskan keputusan Presiden dan Majlis Tertinggi
  • 20 Ahli Dipilih — Dipilih dalam Perhimpunan Agung bagi tempoh 3 tahun
  • 11 Ahli Dilantik — Dilantik oleh Presiden selepas berunding dan dipersetujui oleh Majlis Tertinggi
3

Biro Politik

Fasal 9A, Perlembagaan Parti

Badan eksekutif yang mengelola hal ehwal, hala tuju dan polisi parti. Bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam dua bulan dan hendaklah diadakan tiap-tiap kali sebelum Majlis Tertinggi bermesyuarat.

Keanggotaan

  • Presiden
  • Timbalan Presiden
  • 5 Naib Presiden
  • Setiausaha Agung
  • Bendahari Agung
  • Ketua Penerangan
  • Ketua Wanita
  • Ketua Wira
  • Ketua Wirawati

Mesyuarat Biro Politik dipengerusikan oleh Presiden. Semasa ketiadaan Presiden, dipengerusikan oleh Timbalan Presiden atau salah seorang Naib Presiden.

4

Jawatankuasa Pengurusan

Fasal 9B, Perlembagaan Parti

Bertanggungjawab mengelola perjalanan pengurusan dan pentadbiran parti, mewujudkan jawatankuasa bagi melicinkan pengurusan, melaporkan kepada Majlis Tertinggi mengenai hal ehwal pengurusan, dan membantu Majlis Tertinggi melaksanakan tanggungjawabnya. Bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Keanggotaan

  • Timbalan Presiden — Pengerusi
  • 5 Naib Presiden
  • Setiausaha Agung
  • Bendahari Agung
  • Ketua Penerangan
  • Ketua Wanita
  • Ketua Wira
  • Ketua Wirawati
  • Setiausaha Pengelola

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden. Semasa ketiadaannya, dipengerusikan oleh Setiausaha Agung.

5

Badan Perhubungan Negeri

Fasal 9C, Perlembagaan Parti

Penyelaras peringkat negeri yang bertanggungjawab mengawal-selia Bahagian-Bahagian di negeri tersebut termasuk pematuhan terhadap arahan serta tanggungjawab yang diberikan oleh Majlis Tertinggi. Pengerusi dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Tertinggi.

Keanggotaan

  • Pengerusi Perhubungan Negeri
  • Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri
  • Setiausaha Perhubungan Negeri
  • Bendahari Perhubungan Negeri
  • Ketua Penerangan Perhubungan Negeri
  • Ketua Wanita Perhubungan Negeri
  • Ketua Wira Perhubungan Negeri
  • Ketua Wirawati Perhubungan Negeri

Bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Hasil mesyuarat dilaporkan ke Ibupejabat Parti Warisan.

6

Jawatankuasa Bahagian

Fasal 14B, Perlembagaan Parti

Ditubuhkan bagi setiap Bahagian Pilihanraya Parlimen. Mesyuarat Agung Bahagian diadakan sekali setahun untuk memilih Jawatankuasa Bahagian, memilih wakil ke Perhimpunan Agung Tahunan, dan membincangkan usul-usul. Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan 10 ahli jawatankuasa dipilih dalam Mesyuarat Agung Bahagian tiap-tiap 3 tahun.

Keanggotaan

  • Ketua
  • Timbalan Ketua
  • Naib Ketua
  • Setiausaha
  • Bendahari
  • Ketua Penerangan
  • Ketua Wanita
  • Ketua Wira
  • Ketua Wirawati
  • 10 Ahli Jawatankuasa Dipilih — dipilih dalam Mesyuarat Agung Bahagian
  • 4 Ahli Dilantik — tidak lebih daripada 4 orang dilantik oleh Ketua Bahagian
7

Jawatankuasa Cawangan

Fasal 17, Perlembagaan Parti

Peringkat akar umbi parti. Setiap cawangan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 50 orang ahli. Mesyuarat Agung Cawangan diadakan sekali setahun untuk memilih Jawatankuasa Cawangan, melantik wakil ke Mesyuarat Bahagian, dan membincangkan usul-usul. Ketua, Timbalan Ketua dan 8 ahli jawatankuasa dipilih tiap-tiap 3 tahun.

Keanggotaan

  • Ketua
  • Timbalan
  • Naib Ketua
  • Setiausaha
  • Bendahari
  • Ketua Penerangan
  • Ketua Wanita
  • Ketua Wira
  • Ketua Wirawati
  • 8 Ahli Jawatankuasa Dipilih — dipilih dalam Mesyuarat Agung Cawangan
  • 3 Ahli Dilantik — tidak lebih daripada 3 orang dilantik oleh Ketua Cawangan

Sayap Parti

Fasal 20A, Perlembagaan Parti

Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan Sayap Wanita, Wira dan Wirawati di semua peringkat parti (Pusat, Bahagian dan Cawangan) serta membuat peraturan-peraturan mengenainya.

Wanita

Sayap Wanita di setiap peringkat

Wira

Sayap Pemuda di setiap peringkat

Wirawati

Sayap Wirawati di setiap peringkat

Senarai Kepimpinan Terkini

Lihat barisan kepimpinan Parti Warisan yang memacu perjuangan di setiap peringkat.

Lihat Kepimpinan